tittle

Selasa, 13 November 2012

Dari Meja cikgu kampung

Assalamualaikum.
Salam Maal Hijrah 1434 pada 15 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434 untuk semua rakan-rakan.   
Belajar juga merupakan satu ibadah.Teruskan perjuangan jangan mudah putus asa.

Segala kebaikan dan keberkatan menyertai kita semua. InsyaAllah.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.





Ahad, 11 November 2012

SAMBUTAN HARI GURU DI SK UMAS-UMAS

SAMBUTAN HARI GURU DI SK UMAS-UMAS TAWAU

FOTO-FOTO














GURU MENYANYI LAGI KAMI GURU MALAYSIA

Mari belajar sambil menyanyi


Suku Kata Terbuka

Mari Mengeja



Assalamualaikum adik-adik.
Ada sesiapa yang menyambut hari jadi pada hari ini? Mari kita sama-sama mengeja dan membaca.

Selamat hari jadi buat adik-adik yang menyambut hari jadi pada hari ini.

GURU-GURU SK UMAS-UMAS TAWAU


Tahukah anda?

Sekolah Kebangsaan Umas-Umas terletak kira-kira 70km dari bandar Tawau. Terletak di Rancangan Gugusan Felda sekolah ini dikategorikan sekolah luar bandar.Sekolah ini mempunyai 69 orang guru dan 9 orang kakitangan bukan mengajar.



Mari bermain pantun


Tahukah adik-adik apa itu pantun?
Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara, pada umumnya terdiri atas empat baris yang bersajak bersilih dua-dua (pola ab-ab), dan biasanya tiap baris terdiri atas empat perkataan.
Kata ini mempunyai arti ucapan yang teratur, pengarahan yang mendidik, namun juga bisa berarti sindiran.
Dalam bahasa Jawa, biasa dikenal dengan nama parikan dan dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan. Pada mulanya ia merupakan sastra lisan, namun sekarang dijumpai juga bentuk yang tertulis.
Semua bentuk pantun terdiri atas dua bagian: sampiran dan isi. Sampiran adalah dua baris pertama, yang seringkali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya). Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari dibuatnya karya sastra ini.
Karya sastra ini dinilai baik jika terdapat hubungan makna tersembunyi dalam sampiran, biasa disebut pantun sempurna atau penuh. Sedangkan pada yang kurang baik, hubungan tersebut semata-mata hanya untuk keperluan persamaan bunyi, dan disebut tak penuh atau tak sempurna.
Karena sampiran dan isi sama-sama mengandung makna yang dalam (berisi), maka kemudian dikatakan, “sampiran dapat menjadi isi, dan isi dapat menjadi sampiran.”
Pantun yang sering dipakai berisi dua baris dan empat baris. Karmina dan talibun merupakan bentuk turrunannya, karena memiliki bagian sampiran dan isi. Karmina merupakan versi pendek (hanya dua baris), sedangkan talibun adalah versi panjang (enam baris atau lebih).
Pantun adalah genre sastra tradisional yang paling dinamis, karena dapat digunakan pada situasi apapun. Dalam kehidupan masyarakat Melayu sehari-hari, ini termasuk jenis sastra lisan yang paling populer.
Penggunaannya hampir merata di setiap kalangan: tua-muda, laki-laki-perempuan, kaya miskin, pejabat-rakyat biasa dan sebagainya. Dalam praktiknya, ia diklasifikasi ke dalam beberapa jenis yaitu, Nasihat, Berkasih Sayang, Suasana Hati, Pembangkit Semangat, Kerendahan Hati, Pujian, Teka-teki, Terhadap Perempuan, dan Jenaka.
Pantun juga berfungsi sebagai bentuk interaksi yang saling berbalas, baik itu dilakukan pada situasi formal maupun informal. Pada masyarakat Melayu mengalir berdasarkan tema apa yang tengah diperbincangkan.
Ketika seseorang mulai mengucapkan karya sastra ini, maka rekan lainnya berbalas dengan tetap menjaga tali perbincangan. Pada beberapa daerah seperti Minangkabau dan daerah Melayu lainnya, untuk situasi formal, digunakan ketika meminang atau pembukaan sebuah pidato, sedangkan pada situasi informal seperti perbincangan antar rekan sebaya.



Pantun teka teki :

Kalau berjalan bawalah bekal,
Jangan lupa makan bersama,
Kalau tuan celik akal,
namakan tempat hijrah pertama.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan : Habsyah <-- Sila Hitamkan untuk mengetahui jawapan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku adalah sebuah kampung,
Namaku sama bapa saudara Nabi,
Tempat pemulauan Nabi dan Penyokong,
Apakah namaku wahai bestari?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Jawapan: Syuib Abi Talib <-- Sila Hitamkan untuk mengetahui jawapan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Berbadan kecil kuat bekerja,
Makhluk ciptaan Allah yang satu,
Surat pemulauan habis dikerja,
Cuba teka siapakah aku?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Jawapan: Anai - anai <-- Sila Hitamkan untuk mengetahui jawapan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Rehat Minda


Adik-adik mari kita rehatkan minda dengan membaca petikan-petikan ini.





KATA NAMA


Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

Nama Betul

Ø      Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

Nama Am

Ø      Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Ø      Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
Binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
Tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
Benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
Tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
Ø      Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a)   konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b)   abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
Ø      Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
Ø      Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
1.     buai - buaian
2.     tua - ketua
3.     raja - kerajaan
4.     tahu - pengetahuan
5.     Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

 Kata Nama Khas
Ø      Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Ø      Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Ø      Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Ø      Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)          benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)          orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)          binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)          tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
Binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
Tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
Bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), 
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi

Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :
di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama
lombong
rumah
guru
perlonbongan
perumahan
perguruan
kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian