Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar
iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
Ø
Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama
Am dan Nama Khas.
Nama Am
Ø
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan
untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa
seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Ø
Dengan kata lain perkataan Nama Am
digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang |
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll |
Binatang |
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll |
Tumbuh- tumbuhan |
pokok, betik, rumput, lalang dll |
Benda |
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll |
Tempat |
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll |
Ø
Kata nama am dapat dibahagikan kepada
kata nama yang:
(a)
konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau
dapat dilihat
(b)
abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau
dikhayalkan.
Ø
Kata nama am konkrit dan abstrak boleh
terdiri daripada kata asal dan
kata nama terbitan.
Ø
Berikut adalah beberapa contoh kata
nama terbitan:
1.
buai - buaian
2.
tua - ketua
3.
raja - kerajaan
4.
tahu - pengetahuan
5.
Kata nama am hendaklah ditulis dengan
menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. |
Pada akhir ayat |
Gajah itu berbadan besar. |
Pada awal ayat |
Ø
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama
ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Ø
Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Ø
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah
nama tempat, judul buku, nama
bangunan, dan sebagainya.
Ø
Perkataan Nama Khas digunakan bagi
menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)
benda; misalnya : Seri Aman, Volvo,
Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)
orang; misalnya : Cik Rafidah,
Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)
binatang ; misalnya : Blacky, Pak
Belang, Sang Kancil,dll
d)
tempat ; misalnya : Kampung Bahru,
Shah Alam, Kuala Lumpur
dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama
khas ini hendaklah ditulis dengan huruf
besar.
Manusia |
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam |
Binatang |
Tompok (kucing),
Jalak (ayam) |
Tempat |
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara) |
Bangunan |
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat) |
judul buku |
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku) |
benda |
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam) |
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata
Nama Khas
Kegunaan |
Kata Nama Am |
Kata Nama Khas |
Benda |
bangunan
kereta
buku
sekolah |
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau |
Orang |
doktor
kerani
guru
budak lelaki |
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi |
Binatang |
kucing
lembu
katak
ayam
burung |
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai |
Tempat |
negeri
bandar
kampung
tasek |
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana |
Tumbuhan |
pisang
cili
jambu
limau |
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi |
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata
nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama
terbitan boleh diletakkan :
di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh
imbuhan :
di awal kata
|
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
|
di akhir kata
|
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
|
di awal dan di akhir kata
|
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem-
-an, pe- -an, dan ke- -an
|
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk
dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata |
kata dasar |
kata terbitan |
kata kerja |
peraga
latih
bawa
lawan |
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan |
kata sendi |
oleh
untuk |
perolehan
peruntukan |
kata nama |
lombong
rumah
guru |
perlonbongan
perumahan
perguruan |
kata adjektif |
cantik
besar
tinggi |
kecantikan
pembesar
ketinggian |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan